Resepi Air Balang Viral: 11 Pilihan Paling Laris & Sedap Untuk Bisnes Ramadan

Salam semua, kalau sebut je pasar malam, bazar Ramadan, atau mana-mana majlis keraian, air balang memang antara tarikan utama. 

Warnanya yang menarik, rasa yang padu, dan harga yang berpatutan siapa je tak tergoda, kan?

Lagi-lagi bila masuk bulan puasa, air balang viral jadi buruan ramai. 

Boleh kata, bazar Ramadan tak lengkap tanpa deretan balang air pelbagai warna yang menggoda tekak haus lepas seharian berpuasa.


Gambar banner minuman air balang viral pelbagai warna untuk jualan bulan Ramadan

Isi Kandungan


Kenapa air balang ni selalu disebut-sebut?

Sebab air balang laris bukan sekadar cantik, tapi kalau rasa dia “kaw”, pelanggan pasti datang balik berkali-kali. Itu yang buatkan sesetengah resepi air jadi viral dan terus popular dari tahun ke tahun!

Di bawah ni, sis kongsikan 11 resepi air balang paling laris yang ramai guna untuk jualan dan sesuai juga kalau nak buat sendiri kat rumah.

1. Jus mata kucing sedap
2. Jus apple asam boi
3. Air soya sedap
4. Jus mangga susu
5. Air bandung cincau
6. Air milo susu
7. Air katira original Johor
8. Air tembikai laici
9. Air lemon pudina ais dan laici asam boi
10. Air jagung ketagih sedap
11. Resepi air tembikai susu 

Jadi, yang mana satu air balang pilihan kalian semua.

Senarai 11 Resepi Air Balang Viral dan Laris Confirm Untung Jika Jual!

Di bawah ini, sis senaraikan resepi air viral dan cara buat air balang. Kalau nak buat sendiri kat rumah boleh agak - agak dah. 

Kalau resepi yang sikit boleh gandakan. 

1. Resepi Jus Mata Kucing Sedap

Bahan - Bahan 
1 paket Buah mata kucing
1/2 paket gula melaka
Gula pasir (optional)
Daun pandan

Cara - Cara 
1. Basuh buah mata kucing tersebut dan rebus didalam periuk bersama daun pandan.
2. Setelah buah tersebut kembang, masukkan gula melaka.
3. Rasa sedikit, jika kurang manis, tambah dengan gula pasir.
4. Siap untuk dihidang.

Nota
Buah mata kucing dikenali sebagai 'dragon eyes' jadi jika berkunjung ke kedai herba cina, anda boleh membeli bahan yang dikongsikan.

2. Resepi Jus Apple Asam Boi

3 biji epal hijau
1 sudu kecil serbuk asam boi
2 biji asam boi
Air secukupnya

Cara - Cara 
1. Kisar epal hijau sehingga hancur.
2. Masukkan air gula bersama dengan jus epal yang dikisar tadi.
3. Campurkan dengan serbuk asam boi.
4. Sedia untuk dihidang bersama ais.

3. Resepi Air Soya Sedap

Bahan - Bahan 
1 kg kacang soya
3 helai daun pandan
1 sudu teh garam
9 liter air

Bahan Untuk Buat Air Gula
1 kg gula
1 liter air

Peralatan 
Mesin soya/ blender
Tapis teh tarik mamak/kain net putih
Bekas tapis plastik
1 periuk sederhana
1 bekas tong panas/hot container

Cara - Cara 

Langkah 1
1. Basuh kacang soya dan rendam di dalam bekas selama 4 hingga 5 jam sahaja.
2. Toskan kacang soya yang telah kembang tersebut menggunakan tapis plastik.

Langkah 2
1. Kisar atau blend kacang soya tersebut dengan 6 liter air sahaja.
2. Blend hingga kacang soya betul-betul hancur.

Langkah 3
1. Tapis air soya yang telah dikisar itu 1 kali dengan menggunakan tapis teh tarik mamak/kain net@muslin ke dalam bekas.
2. Perah air kacang soya untuk cepatkan proses penapisan ini.

Langkah 4
1. Blend hampas kacang soya yang telah diasingkan di dalam bekas lain sebelum ini  dengan sukatan 3 liter air sahaja.
2. Tapis dan perah pati kacang soya ke dalam bekas (sama seperti di step 3).

Langkah 5
1. Tuang air soya yang telah ditapis ke dalam periuk sederhana untuk dimasak.
2. Gunakan penapis plastik untuk tapis air soya ke dalam periuk.

Langkah 6
1. Simpulkan 3 helai daun pandan dan masukkan satu sudu teh garam ke dalam periuk berisi air soya.
2. Tutup periuk. Kacau air soya  selang  10-15 minit supaya ia tidak membuak-buak atau melimpah.
3. Masak  dengan api perlahan selama 1 jam. Air soya akan mendidih apabila ia telah masak.
4. Dah masak sedia untuk diminum. Pati Soya ini sangat Pekat. Bubuh ais untuk lebih sedap. Atau mana yang suka air gula merah tu adjust le sendiri.

4. Resepi Jus Mangga Susu

1 biji Mangga
1 cawan Ais
3 sudu besar susu pekat manis

Cara - Cara
1. Blend mangga, ais dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan letak kiub mangga.

Nota 
Jika nak buat lebih gandakan

5. Resepi Air Bandung Cincau

Bahan bahan 
Air sirap (boleh beli siap atau dimasak sendiri)
Ais krim soda
Susu cair
Cincau secukupnya (diparut)
Ais kiub secukupnya

Cara - Cara
1. Campurkan sirap, air masak, susu sejat. Kacau dan rasakan manis dan lemak yang dikehendaki.
2. Masukkan ais krim soda sambil dikacau tanpa henti. Masukkan ais kiub dan juga cincau.
3. Siap untuk dihidangkan.

6. Resepi Air Milo Susu Balang 30 liter - 40 liter

8 tin Susu Pekat
8 tin Susu Cair
Air panas mengikut kadar cara bancuhan
4 paket Milo (1kg)
4 kg ketulan Ais

Cara - Cara 
1. Masukkan susu pekat
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan milo
4. Masukkan air panas dan kacau rata
5. Masukkan ke dalam bekas air dan tambah ketulan ais
6. Sedia untuk di minum

7. Resepi Air Katira Original Johor

Bahan-bahan
1 tin susu cair
2 cawan gula pasir
3 keping getah anggur kering/katira
12 biji badam
3 ketul buah kembang semangkuk
1 genggam biji selasih
2 cawan cendol
1/2 cawan cincau
7 biji kurma
Kismis
Kacang tanah goreng
Secubit garam

Cara Buat Air Katira 

Bahan A: Sirap pandan
1. Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
2. Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
3. Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut.
4. Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
5. Simpan dan ketepikan dahulu.

Bahan B: Susu badam
1. Kisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.
2. Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.
3. Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.
4. Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.

Bahan C: Membancuh air katira
1. Masukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.
2. Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
3. Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
4. Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
5. Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
6. Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
7. Sedia dinikmati sebagai “energy booster” waktu berbuka setelah seharian berpuasa!

8. Resepi Air Tembikai Laici Viral

Bahan - Bahan
Buah tembikai
Satu tin laici
Krim soda
Segelas ais
Aiskrim ( Optional )

Cara - Cara
1. Potong tembikai secara dadu.
2. Masukkan potongan tembikai, laici dan ais ke dalam blender.
3. Tuang krim soda secukupnya.
4. Blend sampai sebati ke semua bahan.
5. Tuang ke dalam gelas dan kalau suka boleh letak aiskrim.

9. Resepi Air Balang Lemon Pudina Ais Dan Laici Asam Boi

Bahan - Bahan Untuk Sukatan untuk 1 balang Air
Daun pudina RM 2
Lemon 4 biji
Sunquick 100 gm
Serbuk asam knorr100 gm
Air gula 1 liter

Cara - Cara
1. Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, ambil air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air.
2. Masukkan 1 liter air gula.
3. Sunquick dan serbuk asam knorr masukkan sekali 1 liter air panas. Kacau dan masukkan dalam bekas air lemon tadi.
4. Masukkan air batu, pati air lemon, Masukkan air masak agak- agak sahaja. 1 biji lemon dihiris dan daun pudina.
5. Kacau dan siap untuk diminum.

Nota :
1. Kalau nak buat banyak lagi gandakan saja.
2. Boleh pelbagaikan buahan dalam tin selain daripada laici
3. Pati lemon boleh disimpan dalam peti sejuk
4. Nak buat banyak pastikan tapis dalam 2 hingga 3 kali

10. Resepi Air Jagung Viral Paling Sedap Untuk Balang 30 liter

Bahan-bahan yang diperlukan:
Air RO 3-4 Liter.
½ botol pati jagung double lion 495ml.
3 tin susu pekat dairy champ.
3 tin susu cair dairy champ.
1 sudu kecil pewarna merah.
1 sudu kecil perisa jagung.
1 tin sweet corn ayam brand
1 beg ais kiub.
2 sudu garam halus.

Cara untuk membancuh air jagung ketagih:
1. Tuang air RO ke dalam balang 30 liter.
2. Campurkan susu pekat dan susu cair. Kacau.
3. Tuang pati jagung.
4. Tuang perisa jagung dan pewarna. Kacau.
5. Masukkan sweet corn.
6. Masukkan garam. Kacau.
7. Masukkan 1 bag ais.
8. Sedia untuk dijual.

11. Resepi Air Tembikai Susu Untuk Balang 24 liter

Bahan-bahan
1 biji buah tembikai susu (saiz besar).
1/2 tin susu pekat.
Secubit garam.
Air bertapis.
Pewarna hijau epal.

Cara - Cara 
1. Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
2. Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
3. Kisar bahan tadi sehingga hancur.
4. Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.
5. Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.

Persediaan di tapak berniaga
1. Tuang hasil kisaran tadi ke dalam balang air 24 liter.
2. Masukkan satu liter air bertapis ke dalam balang tadi.
3. Masukkan setengah susu pekat dan secubit garam.
4. Kacau sehingga campuran air menjadi sekata.
5. Masukkan satu bag ais kiub ke dalam balang.
6. Kacau sehingga sekata.
7. Tambah pewarna hijau epal setitik demi setitik sehingga naik warna. Kacau sekata.
8. Sedia untuk dijual.

Nota
1. Air gula dicampurkan berasingan ketika membungkus air ini.
2. Gandakan buah tembikai susu untuk lagi sedap

Itu lah saja senarai resepi air balang sedap setakat yang dengar. Setiap tahun memang kita akan dengar air viral terkini yang menjadi pilihan bagi penggemar air balang. 

Nak Mulakan Bisnes Air Balang? Ini Panduan Lengkap Untuk Newbie!

Bisnes air balang sekarang memang tengah naik daun, lagi-lagi bila masuk bulan Ramadan. Kalau jalan-jalan kat bazar, mesti nampak berderet balang air pelbagai warna yang menarik perhatian. Ada yang sampai 10 jenis air sekaligus!

Tak dinafikan, kalau betul cara niaga dan pilih air balang yang viral, pendapatan sehari pun boleh cecah ratusan hingga ribuan ringgit. Memang rezeki bulan puasa!

Kalau sedang cari peluang berniaga makanan dan minuman tapi nak yang modal rendah dan untung cepat, sis sangat sarankan cuba dulu bisnes air balang.

Nak mula dengan 3 atau 5 balang dulu pun dah cukup. Lama-lama boleh tambah lagi ikut sambutan pelanggan.

Bagi yang serius nak cuba, sis jumpa satu panduan lengkap yang memang sesuai untuk newbie yang nak mula dari kosong. Dalam panduan ni ada dikongsikan:

  • Tips pilih resepi air balang yang laris
  • Cara setting bajet dan kira modal
  • Teknik tarik pelanggan di bazar
  • Strategi pilih lokasi jualan yang menguntungkan

Klik banner di bawah untuk dapatkan panduan bisnes air balang ni sekarang dan mula jana pendapatan sendiri.

Jangan tunggu musim Ramadan je baru nak mula. Boleh je try test market waktu hujung minggu atau kat tapak pasar malam. Mana tahu, air balang viral hasil air tangan sendiri jadi pilihan ramai nanti?



                                           

Baca Juga : 




Kredit :

1. https://airbalang.com/
2. https://www.facebook.com/AirBalangJohor/?eid=ARDGccpn70iAaXiEMpwU4SzGFcsX5LL92r8ba6tfsceDKjWUqaf-h9jGKJoDn6EFpeSvSzejWF3U5EYU&hc_ref=ARRY3veyGRi3UzlZjyjE9AAWowXPFvPZJquSQ-nJgd63S_rP4WShBcoSzMNX0AhJ4iU&fref=nf
3. https://jualairbalang.wordpress.com/2018/07/03/resepi-air-soya-piauww-punye/
4. https://www.hijabista.com.my/resipi-viral-lemon-pudina-ais-laici-asam-boi-bukan-je-buat-kecur-air-liur-tapi-sedap-fresh-time-berbuka/

7 Comments

  1. Perghhh dah la panas2 sekarang ni. AyQ pulak berwarna-warni. Terus dahaga 😂

    ReplyDelete
  2. ni kalo bulan puasa nampak entri ni mau menangis...hahhahaha

    ReplyDelete
  3. dah macam bazar ramadan lak wani hehe semua sedap2

    ReplyDelete
  4. dahaga lah pulak tgk entry minuman sejuk ni..best minum ni

    ReplyDelete
  5. time posa nanti mula susun hari ni nak air tu.. esok air ni pulak hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post