PETUA MUDAH UNTUK MENYIMPAN DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM..

petua mudah untuk menyimpan daun limau purut

memasak ni sebenarnya akan jadi lebih mudah kalau kita ingat petua- petua di dapur, maksud Wani petua tersebut merangkumi segala aspek bukan sahaja nak ada perancangan nak masak apa, tapi juga faktor penyimpanan bahan-bahan basah dan juga kering memainkan peranan penting.ini untuk memastikan segala proses memasak kat dapur berjalan dengan lancar, ok tak mukaddimah hii..

tahulah , memasak ni bukan perkara mudah,, kalau orang yang jarang masuk dapur memang tak tahu apa, mari ke dapur, tengok hidangan terhidang atas meja jerr,, orang yang memasak ni dah berpeluh ketiak dah nak siapkan semua hidangan. jadi, hargailah sesiapun yang rajin masuk dapur, yang bergelar isteri ke, ibu ke, suami ke kakak ke, adik ke, tak kisah siapa pun...

nampak dah lari tajuk ni, :D sebenarnya, ada tak korang yang mengalami masalah daun limau purut banyak tapi nak guna sikit, akhirnya terbuang jugak daun limau purut tu.. membazir tau korang buat macam tu. kalau yang ada pokok sendiri kat rumah tak apa. kalau kat pasar ke, memang daun limau purut ni banyak kan. satu ikat ke satu paket ke.

walaupun kat rumah ada pokok sendiri, ini cara yang wani buat, kalau sebelum ni ada jugak main petik ketika nak masak kan, tapi kan kadang- kadang kita terlupa nak ambil ,, pokok limau purut kat rumah ni jauh sikit nak jalan. huu,, jadi wani pun ada cara lain.apa tipsnya ?cara nya macam ni,

TIPS UNTUK MENYIMPAN DAUN LIMAU PURUT 

1. daun limau purut petik banyak-banyak, letak dalam plastik dan simpan dalam peti bawah

2. boleh teruskan guna sekiranya nak masukkan dalam masakan, cuma simpan dalam peti bawah ia tahan lama, tapi lama - kelamaan daun limau purut akan menjadi kering, jangan risau lagi bagus sebab dah kering kan.

3. bila dah lama daun limau purut jadi kering tegnok gambar kat bawah ni, jadi sebelum nak guna, basuhlah sekejap daun tu.


4. tahan lama berbulan-bulan sampai habis digunakan. walaupun dalam keadaan kering. aroma daun limau purut tu masih ada bila dimasukkan dalam masakan.

ada satu lagi cara simpan dalam peti beku,nak bagi daunnya nampak kekal hijau. itu yang pernah baca tapi wani tak pernah buat. lebih suka daun limau purut kering macam tu lagi senang cuma kena ada ruang sikit nak letak dalam peti bawah.

rasanya daun limau purut boleh dikeringkan macam ni dengan cara letak dalam peti. pernah buat nak test untuk daun kari, tak jadi hiii ..

apapun, wani lebih suka yang daunnya kering. selamat mencuba ya :)

6 Comments

  1. selalu kalau dah kering buang terus..kiranya tak salah lah yea kalau guna bila dh kering?hehe

    ReplyDelete
  2. @Wanie Masduki

    laa nape buang sayang taww.. tak apa simpan dalam peti biar ia jadi kering.. tak salah pun daun limau tu hiii

    ReplyDelete
  3. bgs tips ni xpernah cuba gk buh dlm sejuk beku... mmg slu duk keing kat dlm peti ais,,,, hihi

    ReplyDelete
  4. Rupanya nak simpan daun limau purut pun ada petuanya. tqq sharing kak :)

    ReplyDelete
  5. Kat rumah ekin ambik daun limau purut fresh hihihih sbb ada pokok kat belakang rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post