-->

Sunday, 11 June 2017

author photo
ASSALAMUALAIKUM...

ikan siakap

Salam semua

Salam ramadan yang ke 16. sekejap jerr dah 16 ramadan kan, wani pasti semua pun dah buntu dah tak tahu nak masak apa untuk menu berbuka.. dilema sungguh kan. Wani pun macam tu jugak. Yang pastinya bulan ramadan yang macam tu. Bulan lain tak kan..hiii..nak fikir menu apa setiap hari lain lah kalau korang pergi bazar, pilih jerr lauk apa yang nak. 


Menu buka puasa wani kekadang asyik ulang menu jugak.. sebab menu itu lah yang masuk selera.. biasanya kalau nak pilih kena berkuah sikit baru masuk nak telan dengan nasi. Lagi satu kena ada masam sikit.. macam - macam nak rasa anak tekak ni.. haih..satu lagi biar menu yang kita buat tu boleh masuk selera semua orang jugak.. payah jugak kalau jenis orang tu selera macam ni macam tu kan.. adeh susah nak ikut selera orang ni.. kekadang wani dok fikir menu yang wani nak makan pun tak sempat, huu.. macam tu lah ragam di bulan ramadan kalau masuk bab menu nak buka puasa ni.. korang pun sama ke. 


Wani pantang kalau lauk terlalu banyak atas meja ..sebab tak sempat nak makan. 😃😃. Nak rasa konsep bersyukur, masak lah tapi jangan sampai membazir,, jangan ikut sangat nafsu, wah kemain tip bagi

kemain panjang celoteh, wani just nak share resepi yang selalu wani buat setiap kali bulan puasa. tak bulan puasa tak buat pun pelik betul haaa.. ini kes nak masuk selera tekak la ni.. biasanya guna ikan siakap dan ikan bawal masuk, jenis ikan lain tak tahu.. bahan-bahan nak buat pes sambal ikan ni macam masuk selera.. hii sebab ada bunga kantan, ada daun limau purut ada belacan bakar.. 



sebelum tu, wani buat stok pes  ni banyak-banyak simpan dalam fridge, buat awal sebelum nak puasa, so senang sikit nak bakar just ambil pes, lumur kat ikan dah lepas tu perap sekejap..  tak ada lah nak mesin bagai nak main tumis lepas tu nak perap lagi.. makan masa oittt. orang yang rajin macam wani boleh la buat.. :D..

gambar atas tu bersedia untuk diperap.. daun pisang dah kuning dah :D maaf ya.. wani tabur hirisan daun kunyit..kalau boleh, perap lapik daun kunyit ke atau daun pisang  nak bagi aroma tu penting.. aroma daun hii.. .. lapisan luar tu alas lah dengan aluminium foil..takut bocor..



lepas lumur pes dengan ikan, boleh lah tutup kemas- kemas dengan tin foil.. nak jaga moisture dalam ikan tu.. bila tutup macam ni it will be safe dont worry ,, retain moisture lagi tauu. sedap resepi dari dayang jack ni,, repeated berkali- kali buat terutama dalam bulan puasa..

nanti dah masak, korang wajib perah jus limau nipis atas ikan tu, bagi membangkitkan selera untuk makan..

Siakap Bakar Berempah Harum
Sumber : DAYANGJACK

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

Nota: wani bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C dalam 40 minit ..nak kukus pun boleh, orang kata sedap juga.. tapi setiap kali buat memang wani bakar lah. kukus tak pernah lagi 

This post have 4 komentar

avatar
Warisan Petani delete 11 June 2017 at 13:08

Wkmsalam.
Kalau dapat pilih ikan siakap laut lepas (bukan ternak punya), lagi sedap.

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 12 June 2017 at 05:31

Menarik nie.. tengokkan resepi memang mengancam..

Reply
avatar
noor azlan delete 12 June 2017 at 08:50

Meleleh air liur ni... huhu

Reply
avatar
Fuzy Hamid delete 1 May 2020 at 15:55

ikan siakap bakar ni mmg all time favorite nak2 pulak letak pes gitu...mmg terliur dah sambil kesat dengan tisu..hehe

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang