Tonton Drama Kampung People 1 Episod 1 - 13 ( Akhir )

Tonton Drama Kampung People 1 Episod 1 - 13 ( Akhir ) | Salam semua, Berakhir sudah ke semua episod untuk drama komedi bersiri Kampung People yang ditayangkan di slot Lestary di TV3. Sejujurnya, semasa episod pertama yang ditayangkan, sis tak berapa nak layan sangat. Nampak ke watak Elly tu macam gedik. Terfikir cerita apa ni. Macam drama lawak jerr tonton kampung people ni. Disebabkan, setiap kali nak buka TV mesti kena buka TV3, jadi sis terpaksa tonton.

Drama Kampung People | Tonton Online Full Episod 1 - 13 ( Akhir )

Orang kata mula - mula tak suka kan. Lama - lama memang dah minat drama Kampung People. Siapa suruh cakap yang bukan - bukan kan.

Drama Kampung People yang mempunyai 13 episod mendapat perhatian yang luar biasa dari netizen. Rata- rata memang suka sangat dengan drama Kampung People. Sis pun bila baca di laman sosial media, memang ramai yang suka dengan jalan cerita Kampung People yang menghiburkan. Ya lah biasanya cerita yang berkisarkan kisah cinta- cinta.

Kisah drama jenaka macam ni, jarang pula nak dijadikan drama. Peminat drama nak kan kelainan dalam drama. Drama Kampung People ada kelainan tersendiri dan berjaya memukau penonton yang menonton.

Drama Kampung People bukan sahaja diminati oleh golongan dewasa sahaja, golongan kanak - kanak pun tak lepaskan peluang. Drama ini sesuai untuk seisi keluarga yang menonton. Memang drama tengah trending masa tu. Sis pun macam tak percaya sampai boleh trending drama Kampung People.

Siapakah Pengarah Untuk Drama Ini ? 


Idea dan konsep asal untuk drama ini adalah dari Wan Hazliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures. Tahniah kepada pengarah drama ini kerana berjaya mengangkat drama ini menjadi trending di Malaysia sepanjang tayangan di TV3.

Sinopsis Drama Kampung People 



Drama Kampung People | Tonton Online Full Episod 1 - 13 ( Akhir )

Bagi sesiapa yang belum pernah menonton drama ini. Sis cadangkan kalau kalian ada masa boleh lah tonton online. Sekarang sudah di hujung jari, nak tonton online boleh tonton di youtube. Sebelum itu, kalian kena baca dulu sinopsis drama Kampung People. Biasanya sis, kalau nak tonton drama, sis baca sinopsis dulu.

Drama Kampung People mengisahkan Razif yang bekerja dengan Tuan Suhaimy di kedai yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Mereka mengaburi mata orang ramai dengan menjual buah - buahan di depan kedai mereka.

Laila dan Amri merancang untuk menyambut ulangtahun mereka yang genap sebulan mereka couple di kolej. Ketika Razif yang sedang sibuk menguruskan jual beli. Tiba - tiba polis datang serbu kedai Tuan Suhaimy. Polis telah menangkap pekerja lain termasuk juga Razif untuk disoalsiasat.

Razif diugut untuk dipenjarakan selama 25 tahun sekiranya tidak membuka mulut. Jika Razif mahu bekerjasama dengan Inspektor Shukri, Razif akan diberikan dengan identiti baru untuk lari daripada orang suruhan Tuan Suhaimy yang masih lagi bebas. Razih memberitahu Mona dan anak - anaknya untuk berpindah ke kampung, tetapi semua orang membantahnya.

Selepas mereka terdengar satu tembakan di luar rumah, baru lah mereka merasakan apa yang berlaku kepada Razif adalah serius dan bukan main - main. Mereka sekeluarga diberi identiti baru untuk menyamar di Kampung. Ke semua orang kampung tidak menyedari bahawa Razif, Mona dan dua orang anaknya menyamar di kampung tersebut.

Razif yang dulu adalah seorang akauntan sekarang kini menyamar sebagai seorang pengusaha ladang jagung yang berjaya.

Daripada kehidupan orang bandar, kena tukar kehidupan 360 darjah jadi orang kampung.

Siapakah Pelakon Kampung People ? 



Drama Kampung People | Tonton Online Full Episod 1 - 13 ( Akhir )

Pelakon - pelakon utama dan pelakon pembantu untuk Drama Kampung People berjaya menaikkan watak masing - masing.

Untuk pelakon utama :

1. Rashidi Ishak sebagai Razif atau  Abu Bakar
2. Elly Mazlein sebagai Mona atau Aminah
3. Riena Diana sebagai Laila atau Ruziah
4. Kamarul Eqifshah Imran atau Adam
5. Hun Haqeem sebagai Jaafar

Pelakon pembantu pun menyerikan lagi jalan cerita untuk drama ini. Di antara pelakon pembantu yang berlakon dalam drama ini adalah :

1. Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
2. Namron sebagai Tuan Suhaimi
3. Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
4. Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
5. Shah Kimin sebagai Ismail
6. Uztaz Nadzeri Md Isa sebagai Tok Imam
7. Shahril Tajuldin sebagai Badrul Bisu
8. Mohd Hairul Masdol sebagai Amat

Dalam banyak pelakon yang bawa watak normal, rasanya seorang iaitu watak Jaafar atau lebih dikenali dengan Jekfer. Yang lain tu semua tak normal. Ya lah nampak normal la. Sebab yang lain tu bawa watak komedi. Apa yang sis tahu, drama Kampung People telah melonjakkan nama Hun Haqeem setelah lebih setahun mempertaruhkan bakat. Hun Haqeem baru berjinak dalam bidang seni.

Apakah Mesej  Positif Dari Drama Kampung People ? 



Drama Kampung People | Tonton Online Full Episod 1 - 13 ( Akhir )

Walaupun, drama Kampung People bergenre komedi dan lawak, namun ada mesej positif yang disampaikan dalam penyampaian cerita tersebut. Bagi sis, drama ini sarat dengan unsur kekeluargaan, persahabatan dan hubungan dengan masyarakat kampung.

Mesej positif yang dapat dilihat dalam drama ini adalah :

1. Hubungan di antara suami isteri
2. Hubungan ibu bapa dan anak - anak
3. Hubungan di antara adik - beradik
4. Hubungan persahabatan
5. Hubungan dengan masyarakat kampung

Hubungan Di Antara Suami Isteri

Watak Abu dan Minah sebagai suami isteri sebenarnya banyak menghidupkan keseluruhan penceritaan dalam drama ini. Sis suka tengok walaupun watak Minah tu agak gila - gila sikit, tapi sayang kat suami.

Babak bercakap suami isteri sebelum tidur sebenarnya dipuji netizen. Babak seperti ini boleh menjadi contoh kepada pasangan.

Hubungan adik - beradik di antara Laila dan Yummy

Walaupun pada mulanya dua beradik ini asyik bergaduh. Tapi lama kelamaan hubungan dua beradik ini semakin mesra.

Hubungan baik dengan orang kampung

Bila satu keluarga baru berpindah dari bandar ke kampung. Tapi Abu gigih dalam membina hubungan erat dengan masyarakat kampung di sana sampaikan Tok penghulu, Tok Imam percaya bulat - bulat yang Abu tu bukan Razif.

Hubungan Persahabatan Di Antara Laila Dan Jaafar

Walaupun pada mulanya hubungan Laila dan Jaafar yang wataknya hanya bersikap bersahaja hanya sekadar sahabat baik, tapi lama - kelamaan timbul bibit cinta yang berputik di antara Laila dan Jaafar.Laila yang sentiasa dalam slang inggerisnya, selalu buatkan sis asyik nak ketawa jerr.


Tonton Online Drama Kampung People Di iQIYI 

Drama Kampung People sudah boleh ditonton di iQIYI. Kalau nak tahu iQIYI adalah saluran percuma untuk menonton drama melayu online.

Kalian boleh klik link di bawah ya.


Selamat menonton, insyaAllah kalau ada drama yang bagus sis akan review sendiri. Punya lah gigih nak review drama sebab sebelum ini ada juga review pasal cerita atau drama tapi tak terperinci sangat. Drama Kampung People ni best. Rugi sekiranya kalian tak tonton. Rasanya tak lama nanti ada telemovie khas raya untuk Kampung People kan, mana lah tahu.

Terima kasih sudi singgah blog sis. Jemput singgah lagi ya.




2 Comments

  1. many people had a good laugh watching this. tp ray x tgk bebetul pun lg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post